
Memang kita terkilan dengan permainan politik PKR yang secara terang terang membawa dua darjat antara kes Elizabeth Wong dan Fairus TKM Pulau Pinang.
Tetapi harus juga dilihat dari sudut keupayaan Barisan Nasional sekiranya diadakan pilihanraya kecil DUN Bukit Lanjan, apakah mampu BN merampas kerusi tersebut..??
Sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyidin Yasin membuat kenyataan mengenai sikap pengundi pengundi bukan melayu mutakhir ini, maka melompat-lompatlah mereka hendak menafikan hakikat yang tersingkap disebalik keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau……

Jika diulas pada bahasa pasar yang senang untuk difahami, “ibarat kata, bila anak yang mengingkari pesan ayahnya supaya jangan bercakap dengan orang tak dikenali tetapi terserampak ketika melakukan tegahan itu, maka tersipu sipulah anak tersebut mencari pelbagai alasan…”
Ungkapan Muhyidin yang menganggap pengundi bukan melayu “seolah olah tak menghargai [they seemed to be unappreciative]” telah cuba diputarbelitkan oleh beberapa akhbar cina.
Syabas diucapkan kepada TPM yang baru kerana memberikan satu “serious wake up call” kepada rakan rakan kolisi BN:- Ong Tee Kiat, Koh Tsu Koon, Samy Vellu dan M Kayveas. Kini menjadi tanggungjawab dan tugasan amat besar bagi MCA, Gerakan, MIC dan PPP untuk membawa bangsa cina dan india kembali mendakap Barisan Nasional.


Lihat sendiri kedua-dua gambar yang disiarkan diatas, bagaimana meriahnya tindakan kaum india dan cina ini menyokong pembangkang, satu senario yang belum pernah berlaku sepanjang berpuluh puluh tahun sejarah politik tanahair kita. Jelas gambar yang menunjukkan banner bertulisan cina menyokong parti islam dan sebuah lagi gambar melihatkan penglibatan kaum india dalam demonstrasi semakin bercambah. Masihkah anda ingat sewaktu zaman awal pergerakan massa, era reformasi 1998 hanya dimonopoli oleh bangsa melayu…..
Pengundi di Kuala Sepetang Bukit Gantang yang terdiri daripada 97% pengundi cina telah menunjukkan kepada BN bahawa mereka akan terus menyokong pembangkang walaupun calon dari Parti ISLAM [PAS], padahal pengerusi DAP masih kekal dengan taglinenya “Langkah Mayat Aku Dulu Kalau PAS Nak Tubuhkan Negara Islam”. Sepertimana dalam wawancara Muhyidin dalam Mingguan Malaysia, berikanlah apa saja untuk memikat hati pengundi bukan melayu, belum ada jaminan mereka akan memangkah lambang BN sebelum membuang kertas undi pada hari pilihanraya.
Manakala bagi kaum india pula, hanyalah satu faktor yang dilihat membuatkan mereka sudah benci kesumat terhadap Barisan Nasional, tak lain tak bukan pemimpin MIC itu sendiri. Selama beberapa dekad pengundi india terus memberikan kepercayaan untuk mendapat hak asas seperti pendidikan, perubatan, penempatan dan lain lain. Tetapi yang mereka saksikan adalah kekayaan yang dikaut oleh pemimpin politik parti MIC yang diimamkan oleh Samy Vellu.
Kalau kita benar benar perhalusi masalah punca peralihan kepercayaan, sokongan serta kesetiaan pengundi pengundi cina dan india sebenarnya adalah kerana kebolehan serta skill Putar Belit seorang Politikus Populis bernama Anwar Ibrahim.
Lihatlah sendiri bagaimana seni Kuntau Anwar menabur janji-janji, seni Kung Funya meyakinkan mereka membenci Dasar Ekonomi Melayu, seni Dangdutnya pula akan melantik Timbalan Perdana Menteri bukan melayu dan seni Kalari Payatnya akan bebaskan dan hapuskan ISA dimana itulah isu pokok kemarahan penganut kumpulan Hindraf pada Kementerian Dalam Negeri kerana menahan pemimpin mereka….

Anwar memang memiliki kebolehan bersalin kulit. Bila berceramah depan kaum india, beliau akan menggelarkan dirinya Sivaji The Boss dan mulalah mencerca sistem pendidikan, penempatan perumahan, peluang pekerjaan dimana kesemua itu beliau sendiri tidak pernah ambil peduli selama 17 tahun bersama UMNO dan BN sedangkan ketika itu beliau pernah menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan.
Bila berdepan dengan masyarakat cina, Anwar melacurkan dirinya dengan janji akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru satu satunya dasar bagi golongan peniaga cina rasakan keperitan dengan kuota yang memihak orang melayu….
Maka dengan angka pengundi cina seramai 52% di DUN Bukit Lanjan, janganlah kita harapkan kemenangan akan berpihak kepada Barisan Nasional jika diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut. Lihat sendiri taburan penduduk yang layak mengundi di Bukit Lanjan, hampir semuanya dimiliki oleh golongan elit bukan berpendapatan rendah yang menetap dirumah sederhana mewah sehinggalah banglo banglo mewah sekitar Damansara. Inilah golongan yang mendekatkan diri mereka dengan maklumat siber dan telah tutup telinga dan mata kepada berita kerajaan menerusi telivisyen dan akhbar tempatan.
Cukuplah sekadar apa yang telah ditunjukkan oleh pengundi cina Kuala Sepetang untuk BN lebih muhasabah diri……
Ong Tee Kiat, Koh Tsu Koon dan Samy Vellu kenalah buktikan bahawa mereka ada magical touch untuk kembalikan pengundi bukan melayu kepangkuan BN. Janganlah hanya pandai meminta minta jawatan kabinet sedangkan punca ambang kelemahan BN ini bukannya dari pengundi melayu.
Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyidin tak perlu layan permintaan dari rakan rakan pemimpin kolisi BN, sebaliknya perlu bersikap tegas kepada mereka dengan arahan “please go and do your work first” dan ingatkan pada mereka bahawa wakil rakyat UMNO lebih ramai dari MCA, MIC, Gerakan dan PPP.
Terimalah dengan berlapang dada kekalahan BN di dua bukit, asalkan BN menang di satu batang. Walaupun dengan hanya satu batang itu pun masih mampu untuk BN meneruskan permainan memimpin pentadbiran negara, buat ketika ini….., iya buat seketika ini!