UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI

UNTUK TEMPAHAN BUKU BUKU IKLAN DIBAWAH INI
HUBUNGI 012-2068342 ATAU EMAIL TEMPAHAN nurulmiriam@gmail.com

Friday, March 18, 2011

Lagi MISI Khas - Kelab Putera 1 Malaysia Akan Berangkat Ke Jepun

Tengahari tadi, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez Abd Rahim telah mengadakan sidang media khas di pejabatnya, No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Dato’ Azeez memaklumkan bahawa beliau bersama sukarelawan sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia akan berangkat ke negara Jepun yang baru baru ini dilanda dengan gegaran gempa bumi dan Tsunami yang terbesar selepas tragedi 2004.

Misi Khas Ke Jepun membawa tugas dan tanggungjawab Humanitarian Services dimana tumpuan lebih kepada menyampaikan bekalan makanan yang semakin berkurangan disana dan juga membantu untuk disampaikan barang barang kepeluan harian terutamanya kepada warga Malaysia di negara matahari terbit itu.

Dalam sidang media tersebut, beliau merayu kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama sama menyumbang barang barang keperluan harian seperti Mee Segera [Cup], Selimut Tebal, Air Mineral, Lilin, Ubat-ubatan, Topeng Mulut & Hidung.

Pusat Pengumpulan Bantuan Kelab Putera 1 Malaysia dibuka 24 jam bertempat di No 66, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Seketeriat – Mun [019-2061111], Rahman [019-3890788], Wan [012-3811799] dan Latif [019-3651116]

Kelab Putera 1 Malaysia terbukti benar benar mengamalkan slogan mereka “We Care” dimana pada tahun ini 2011 sudah tiga[3] Misi Khas yang melibatkan kerja amal Humanitarian Service khususnya membantu rakyat Malaysia diluar negara.

Bermula dengan Bantuan Kemanusiaan bekalan makanan mangsa banjir pelajar pelajar Malaysia di Brisbane, kemudian misi khas Ops Pyramid membawa pulang 11,000 pelajar pelajar Malaysia dari Mesir dan yang terbaru juga misi bantuan kemanusiaan bekalan makanan mangsa gempa rakyat Malaysia terutamanya para pelajar di Christchurch New Zealand.

Syabas atas usaha gigih tanpa jemu dan tidak kenal erti penat yang dipimpin oleh Dato Azeez, semoga berjaya dan kami iringi dengan doa semoga selamat pergi dan pulang ke tanahair…!!

1 comment:

Anonymous said...

Sambut baik usaha kelab putera... Cuma rasanya ramai lagi dalam malaysia yg belum terbela.. Mungkin tak termasuk dalam jobscope kelab putera yang mungkin hanya tertakluk kepada menyelesaikan masalah dunia.