Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton
setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka.....
Baik anak muda mahu
pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz
Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan
pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi
apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.
Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar
Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar
oleh Azhar.... Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat
“nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.....!
Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru
kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk”
hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini
jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.
Selain menarik
puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah
berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.
Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon
agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka
“loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah
wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak
boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin
di dalam masjid.
Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid
jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun
bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang
melampau-lampau.
Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan
penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo,
bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak
ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan
dalam diri.
Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap
pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan
menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan
penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia
tetap dibiarkan berleluasa.
Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah
allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah
datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat
mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus
merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan
penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.
Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama
Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan
Islam. Jawapannya; Rating...!
Ini kerana orang Melayu Islam suka
mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk
jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan
Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.
Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus
maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak
beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut
dengan lawak-lawak bodoh.
Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat
lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu,
saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.
Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.
Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak) - mykmu.net
Ada lagi kisah Ustak MekDee Natang..., klik SINI

17 comments:
Kepada Azhar idrus....BERTAUBATLAH ....Jangan lagi buat LAWAK BODO macam tuh....jangan dok suka sangat dalam masjid/surau.....
Aku memang tak suka cara dia ngajor .....NATANG....
nAK AJAR AGAMA BUAT CARA BETUL....
sy xheran ustaz natang wt lawak bodo tu...sbb dia cari mkn kut tu,tp heran nape orang ramai tepikat ngan lawak bodo tu...
korang lagi bodoh, xsuke, jgnla dengor, bukan dia paksa korang dengar n ikut pun..
mashallah...tulisan tuan amat hina sekali...sepatutnya tulisan tuan menjadi pembina kuliah2 agama dari daie ust azhar, lihat betapa ramai kini anak muda suka agama, betapa ramai kini golongan yg dulu jauh dngn agama kini minat agama..adakah kerana ust azhar buat lawak sedikit tu...menjadikan tuan sakit hati sngt sehingga sanggup tulis dlm blog menghina ulama. Ingat Allah maha mengetahui..jgn kerana busuk hati sanggup tulis dlm blog..dan menjadi terpengaruh pembaca lain..jgn sampai anda salah seorang dari perosak agama..minta maaf pada ust azhar dan semua pembaca..bimbang tak sempat minta maaf..Allah dah jemput..jawapnya neraka....wallahalam
Panjang betuuulll comment yek... persoalannya, betul atau tidak apa yg blogger cakap ni dalam konteks Islam.. straight forward, yg hang dok cite pusing sini sana jawap watpe.. straight forward je. Blogger tegur ikut ilmu di dada.. anda pula bagaimana? pi mapuh salah ke, betul ke... janji terhibur?
Dengar ustaz ni bercakap x rasa insaf kerana asyik ketawa je. Baik dengar ceramah agama di radio trgganu lpas maghrib, lebih mendidik dan tertib. Malunya kalau bangsa asing terutama yg Islam dengar ustaz ni bercakap, kasar dan suka aibkan orang
sedih bila.. ada org cuba perbetulkan apa yg salah, dah dikata ahli neraka..
jgn jd otak kayu, sangkut dgn agama saja, semua betul.
dlm hadis dah sebut, tanda akhir zaman, org yg x layan ckp agama, akan ckp ttg agama.. boleh merosakkan akidah dan iman...
pikir logik kot sikit.. kalau gelak banyak, bukan ker Nabi ckp boleh hilangkan berkat..
bak kata ustaz kazim, lelaki pelawak, celakalah dia.. (ruuk ceramah kt youtube.. bab raja lawak)
wallahualam
Tulisan blogger bukan menghina tp realiti. Ustaz ni yg mempengaruhi masyarakat. Memangla syok gi dengar tpi bolehkah insaf? Saya slalu jg dengar ustaz lain ceramah tpi buatkan kita tersedar dari kesalahan kita.
merujuk pada video ceramah diatas bila diperhatikan betul2 lelaki perempuan duduk bercampur....bukankah sepatutnya lelaki perempuan patut duduk berasingan??? wallahualam
ostak mekdeee natang ni kuat seks laaa
Salam semua. Blog MIK siarkan beru saya kesedaran ttg ceramah ustaz ni. Mmmg seronok dgr sebab tersgt lucu. Betul sgt2 if dia masuk Maharaja Lawak gerenti rioh, and sure menang.
Adakah disebabkan dia berumur dan berjanggut pangjang, yg apa dia buat boleh di terima?? Bergelak ketawa di masjid saya tidak setuju. Saya lebih suka penceramah mcm Dr Fazilah Kamsah...
Surah Al Hujurat, Ayat 12
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
tepuk dada...tanye lah hati...xsuke.kite diam...kalau suke sampai kan pada rakan...dosa xdpt...pahala insyallah...
Ayat Surah Al Hujurat, Ayat 12
yg ko petik tak ada kaitan dgn seruan MIK. Ustaz tu mmg seorang ustaz lawak antarabangsa bukan pendakwah tulen.
blogger.. kau sapa nak kata mcm tu,? atleast anak2 muda tertarik ngan agama.. org mcm blogger ni ckp macm mana pon tak guna.. biarkan dia sebar fitnah ni.. dapatlah dia "SAHAM" kat akhirat nnt
Salam, ustaz azhar ni, manusia biase cam kite2 semua jugak,bukan nabi, tp Allah yg bagi die kelebihan, masing2 ade kelebihan masing2, so xmustahil kalo ustaz ni pon ade salah dan silap cam kite jugak.
TAPi niat di hati saper yg tahu?
ape tujuan ustaz azhar duk bg kuliah/ceramah? lawak kah semata-mata?
kalo xsuka lawak, jgn amik, amik ilmu sajer
Ape tujuan yg pi tulis sebar pasal keburukan/kesalahan ustaz kat blog?
kalo betol2 tujuan baik, xperlu pi tulis utk semua org boleh baca. seeloknya direct pi bgtau ke ustaz azhar.. bukan ke itu dipanggil adab?
adekah keinsafan itu boleh datang time serius sajer? time sedih sajer? time nak mati sajer?
...itu semua atas hati diri masing2.. kalo time lawak tu boleh mendatangkan insaf, pe salahnye?
yg ketawenye diri kite..yg sedihnye diri kite..sama2 pakat2 check&balance hati diri kite masing2, jgn duk sibuk check tilik hati org lain.
ade pon 'bodo' 'natang' adekah salah utk di sebut??
ade Ulama sendiri pon tulis 'bodo' dlm kitab ugama, adekah kite nak lawan ulama? adekah kite lebih berilmu drpd ulama?
'natang'='binatang' sendiri ade disebut dlm Quran, adekah Allah sendiri salah?
so, kalo xsuka, xpayah dengar, byk lagi ustaz lain, atau pegi bgtau direct ke ustaz.
pakat tilik diri kite sebelum kite tilik org lain, atau sebelum Allah tilik hati kite
Maaf kalo ade xbetol.boleh kite bincang
sekurang2 uai de usaha tuk ajok orang ke arah kebaikan..
Jd check & balance diri kita..
Jgn kite hina orang2 yg melakukan usaha dakwah jika kite sendiri pun,
x mampu nk lakukan usaha ini..
You read my mind. Memang jarang, orang sependapat dengan aku pasal UAI nih. Tapi pemikiran Tuan Tanah, memang sebijik sama. Kalau tertinggal pun, maybe 1 % jer.
Post a Comment